Powered by Bravenet Bravenet Blog

Galeri Foto Nita

journal photo

Tag Board

sham: Salam tuan rumah. Selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua..Kalau boring2, jom visit blog sy. http://shafizul.blogspot.com
hukum kafir bc al-quran: salam..cb korg tgk blog kwn aku ni.. http://buluh.iluvislam.com/
Kenalan: Sabarlah Puan. Ini perkara biasa yg ditempuh oleh ramai usahawan2 yg telah berjaya. Kadang2 nasihat yg kita rasa negartif inilah yg sepatutnya membakar semangat kita utk terus berusaha & berjaya. Oleh itu sahut cabaran mereka kerana Puan boleh lakukan.
Sekadar Pandangan: Jaga emosi anda & jauhkan rasa ego dan tinggi diri. Lebih2 lagi jauhkan rasa iri hati, contohnya: seolah2 leader anda beri perhatian lebih pd downline yg lain & tidak kpd anda? Anda kena fikir positif knp perkara ini berlaku! Atau anda merasa tidak senang kerana anda ada agenda di sebaliknya???
Rakan Niaga: Apapun, sy hormati pandangan sdr OK_SAJA. Kita sendiri yg menentukan samada nak berjaya cepat atau lambat. Kalau memilih utk lambat, lambatlah yg anda dpt. Maaf, sekadar pendapat dari insan biasa!
Rakan Niaga: Sekiranya diberi pilihan, pasti kita memiilih utk berjaya dgn segera. Mengapa perlu mengambil masa utk kecapi kejayaan tersebut. Bisnes adalah kerjaya, semangat tanpa tindakan, pasti masih ditakuk lama!
OK_SAJA: Teruskan usaha, Tidak ada usahawan yang terus kaya sekelip mata, kejayaan kadang-kadang memakan masa yang lama utk dikecapi, setahun bahkah beertahun..sabar,usaha,belajar!!
Master of Blogger: Salam, Sertai Bengkel Master of Blogger
Pemerhati ke 2: Puan tidak boleh mengharap pada yg tidak ujud dlm dairi kehidupan Puan & jgn terlalu ego... Jika tidak pasti puan tak akan ke mana! ini nasihat ikhlas saya.
Pemerhati: Teruskan perjuangan sekiranya kejayaan yang Puan impikan. Jangan bermain dengan emosi yg tidak menguntungkan!
Ashriee:: Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
Aznita Osman: Salam Ramadhan buat semua rakan niaga SST serta sekalian sahabat di mana jua anda berada. Semoga Ramadhan kali ini akan memberi kita lebih keberkatan dan ketaqwaan kepada Yang Maha Esa. Buat rakan-rakan niaga yang sentiasa mempositifkan saya, terima kasih tak terhingga. Insya-Allah kita bertermu di puncak
Adik Cik: Mak Cik apa khabar? Kenapa tak update blog ni! Jgn tidor lama sangat ...
Rakan Niaga: Sebagai rakan niaga SST, sy cukup yakin anda mempunyai potensi diri yg tinggi utk terus berjuang & berjaya. Temui anda di Puncak Kejayaan!!!
Rakan Niaga: Hubungi upline2 & sertai program & conference. Jgn terlalu bergantung kpd Mentor utk menaikkan semangat kerana kita semua tahu terlalu ramai anak didik yg juga memerlukan sokongan beliau. U juga ada ramai upline2 hebat yg blh bantu jika u ingin bekerjasama dgn mereka. Maaf sekiranya pendapat sy ini kurang tetap, namun sy ikhlas!
Rakan Niaga: Ayuh Nita, mulakan semula langkah anda dgn lebih mantap. Cabaran & dugaan memang sentiasa mendatang. Setiap dari kita pasti melalui keadaan ini. Jgn biarkan emosi negatif (sekiranya ada) menguasai diri. Anda boleh berjaya sekiranya anda memilih utk berjaya!
Normala Shamsuddin: Tahniah Nita kerana dah dapat kerja semula. Bila dah bekerja, peluang utk menambah kenalan & utk biz ini lebih besar. Jgn sesekali patah ke belakang. Lakukan terus biz ini. Ramai yg boleh menyokong coz we are in a team. I know, YOU CAN DO IT!
Nita Osman: Terima kasih buat rakan-rakan niaga SST yang sentiasa menyokong pembabitan saya dlm biz ni. Nasihat mmg dialu-alukan, kritikan tetap berguna selagi ianya membina positiviti insan & bukan utk mencemar kredibiliti dan keperibadian orang lain
Zul Salleh: Salam Pn. Nita - Jom kita pecut semula.Dugaan dan rintangan ada dimana-mana.Istiqamah dan tawakkal Insha Allah kita akan sampai ke puncak kejayaan.
Rakan Niaga SST: Bersabar banyak-banyak ye Puan. Dlm setiap langkah, kita pasti hadapi dugaan serta cabaran. Positive Thinking ... Positive Feeling!!!
Pemerhati Setia: . Suka hati puanlah, saya hanya menasihati. Kalau tak nak terima pandangan saya takmengapa. Namun saya rasa puan tergolong dalam kategori insan yg ego & tak boleh menerima kritikan!
yazs: selamat maju jaya
Normala: Go Nita GO ... GO ... GO!!!
Mohd Zaini: InsyaAllah kejayaan akan muncul..
Jiwakaya: Nice blog..byk idea menarik ttg bisnes... gunakan kekayaan dengan sebaiknya :)
Mohd Zaini: InsyaAllah..kejayaan akan menjelma kami di SST sentiasa mendoakan kejayan pn.
Normala: Come on Nita, teruskan langkah mu. InsyaAllah satu ketika nanti anda layak bergelar Leader Hebat Wanita SST & SN. Anda mempunyai ciri-ciri tersebut. Apa yg penting sekarang ialah terus lakukan biz ini. Kejayaan kita tanggung jawab kita sendiri!!!
hazlin: akum.wow ada lagu dlm blog ni kalau boleh ajar kat saya
Fauzan: Semoga terus sukses & kekalkan perkongsian yg membina spt ini senantiasa
Mohd Zaini: Selamat Tahun Baru Maal Hijrah...Semoga kita berhijrah ke arah success
Zul Salleh: Nice blog.Teruskan usaha anda.Kita bertemu di PUNCAK KEJAYAAN,Insha Allah.
NITA: Kepada EN.ALIAS, boleh bagi no. yang boleh saya hubungi? Lebih mudah lagi kalau ada Yahoo Messenger. Thanks
ALIAS: ASSALAMUALAIKUM SAYA TAK BERAPA FAHAM LAGI TENTANG BISNES NI SO BOLEH YOU TOLONG TERANGKAN.TERIMA KASIH
GK: happy new year..care to exchange link?if so let me know so I can add your link to my blog.
NITA: Selamat Tahun Baru 2008 buat semua rakan niaga di SST semoga di tahun baru ini kita akan lebih berjaya dan fokus dlm semua perancangan yang telah dibuat beserta doa kepada Yang Maha Esa..
Normala: Nita, stay focus on your goals and put a side personal matters. I've gone through so many things too & learned a lot about true life, through SST & SN. We could not move forward when our mind & heart stuck on. Go Nita Go .. Go ..!!!
Mohd Zaini: SELAMAT TAHUN BARU ..semoga dimurahkan rezeki dan success
Normala: GO NITA GO ... GO ... GO ... You are already on the right track and the right time
Fauzan: Selamat Tahun Baru 2008, semoga terus tabah dlm berbisnes..Salam Sukses
Fauzan: Blog yg cukup menarik dgn warna-warni yg memberikan ketenangan, semoga terus tabah menghadapi pelbagai rintangan mendatang dlm berbisnes..Salam Sukses
Mohd Zaini: Setiap perkara itu ada hikmah yang tersendiri. Good luck
Marini Noordin: Salam Kak Nita. TQ krn sudi melawat blog saya. Wow!! sungguh LUAR BIASA blog Kak Nita.... Semua org mempunyai IMPIAN. Tapi bukan semua mencapainya. Hakikatnya, jika kita yakin dengan IMPIAN dan kita berusaha utk mencapainya, InsyaAllah KEJAYAAN pasti digenggaman. Tentunya tidak mustahil 'dari puncak ingin ke angkasa'.
Nita: Terima kasih kepada semua yang telah melawat blog saya. Kata-kata dorongan dan semangat dari kalian semua pasti membuatkan saya lebih positif untuk berusahan menuju puncak...All for one and one for all...
Normala: Pengalaman dari kegagalan masa lalu membuatkan kita tabah mengharungi liku2 kehidupan. Nita & rakan2 yg lain termasuk saya telah berada di landasan yg sebenarnya. Ayoh kita teruskan perjalanan menuju Puncak. Tiada siapa yg boleh menghalangnya. InsyaAllah Allah sentiasa bersama kita & semoga mencapai matlamat kita semua!!!
Che Din: Wah , TAHNIAH , satu permulaan yang baik , Good Luck ... Do The Best Because U Are The Best
Yazid: Bersama kita maju bersama Smart Success Team. Visit Blog saya juga..Smart Naco online ordering available at www.bizonline2u.com/order.html
Sophia: Salam Kak Nita. Thanks for visiting my blog. Bestlah blog entries Kak Nita. Mari kita buktikan yang tangan yang mengayun buaian mampu menggegarkan dunia MLM! YOU CAN DO IT!
Fauzan: Tahniah & Selamat Dtg menjadi keluarga SST..Semoga terus sukses..InsyaAllah
Mohd Zaini: Selamat success di SST dan SN. We work as a team. Good Luck
Normala: Berhati-hati selalu dalam kehidupan ini kerana banyak dugaan & cobaan & perlu Nita lalui nanti sebagai seorang Usahawan MLM. For sure, En Zaini juga boleh guide Nita nanti!
Normala: Nita, thans for visiting my blog. Welcome to SST, be ready & dare to succeed.

Please type in the four characters shown in the black box.

Monday, September 8th 2008

12:06 PM

APA KHABAR ORANG KAMPUNG..???

  • Mood Saya Hari Ini:
  • Kesihatan Saya:

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.....

2 bulan lamanya saya tak update langsung blog ni...mak ooiii...tempoh paling lama saya "berdiam diri" dari dunia penulisan blog!  Semenjak saya kembali bekerja, masa dalam sehari seakan-akan suntuk benar untuk saya.  Seronok dapat bekerja kembali namun kesibukan dengan tugasan menghadkan tumpuan saya terhadap bisnes yang banyak mempositifkan saya dalam pelbagai aspek.  Kerana positif dengan potensi dan peluang untuk saya berjaya, saya masih terus berusaha untuk memajukan diri dan yakin dengan keberkatan dan keizinan daripada Allah SWT, saya akan berjaya kelak.

Hari ni kebetulan saya MC...demam selsema la pulak.  Kedua-dua anak saya pun sama, kira-kiranya ini pakej 3 in 1 la!!  Dalam keadaan separuh lalok ni, saya pun tak boleh nak fikir sangat apa nak dikongsi bersama anda semua.

Sekadar menyatakan "I'M BACK AGAIN"....insya-Allah kalau dah lega sikit demam ni saya akan cari bahan untuk dikongsi bersama anda.  Sehingga tiba masa itu, selamat menjalani ibadah puasa semoga puasa anda hari ni mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Yang tak posa tu....kalau ada sebab yang membolehkan anda tak posa, terima la dengan redha (janji lepas ni ganti balik beb  !!) tapi kalau saja-saja tak posa...well, lu pikir la sendiri .

Wassalam...dari Indera Kayangan 01000

Aznita Osman

0 Jumlah Komen / Tinggalkan komen anda

Monday, July 7th 2008

8:05 PM

  • Mood Saya Hari Ini:
  • Kesihatan Saya:

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua...,

Sejak beberapa hari yang lalu, saya hanya singgah ke blog rakan-rakan niaga SST membaca update mereka yang penuh berinformasi (Kak Mala...your blog is like an information counter...!!..thanks a lot).  Akhirnya, setelah hampir setahun saya mencari akhirnya rezeki yang saya harapkan menjelma juga.  Alhamdulillah, saya dah kembali bekerja sejak hari Khamis lalu.  KEMBALI BEKERJA..??  Why la?? Dengan beberapa perubahan dalam hidup saya sejak kebelakangan ini, bekerja semula akan memastikan langkah perjalanan saya dalam biz yang baru saya mulakan ini akan dapat terus bergerak seperti yang saya inginkan...insya-Allah.  Walaupun kerja yang saya perolehi teramat berbeza dengan pengalaman kerja saya yang lalu (not to mention the salary scale...sama macam masa saya mula kerja 17 tahun lalu!!), saya bersyukur kerana dapat kembali berdikari...it's never easy to be dependable on other people, tak syok la tak boleh pegang duit sendiri....

Kini, saya rasa lebih lapang dada untuk merangka pelan bagi mengembangkan lagi biz ni...paling saya ingin lakukan adalah mengembangkan jaringan saya dan insya-Allah dengan bimbingan dan tunjuk-ajar daripada mentor saya, saya yakin ianya akan dapat saya capai dalam sedikit masa lagi.

Setelah sekian lama tak bekerja, terasa agak letih juga bila kena berada dalam office selama 8 jam sehari, 6 hari seminggu (Saturday kerja full day tau..!!) tapi saya yakin ini hanyalah sementara jadi saya kena lipat-gandakan usaha agar saya dapat memenuhi impian saya untuk menjadi usahawan berjaya sebelum harijadi yang ke-40.  Doakanlah yer....

Jika anda juga mempunyai impian dan ingin mengotakan impian itu, singgah la kat website saya.

Wassalam dari Kota Gapura Utara..

Aznita Osman

0 Jumlah Komen / Tinggalkan komen anda

Sunday, June 22nd 2008

4:40 PM

HARI MINGGU YANG SANTAI.....

Assalammualaikum dan salam sejahtera...,

"Sampah" yang berlonggok dalam mailbox saya akhirnya berjaya dihapuskan malam tadi ...Yoooohoooo!!! What a relieve, it's victory at last!  Saya pasti anda yang biasa menerima junk mail faham macam mana perasaannya bila terlalu banyak sangat "sampah" dlm mailbox kita, rasa sesak semacam jer...yang depa ni pun macam tak dak sivik...buang sampah depan laman rumah orang pasai pa??  Rajin pulak tu, hantaq email kosong sampai beratuih-ratuih...sometimes it feels like April Fool all year round!

Hujung minggu memang best coz boleh bangun lewat sikit, lepas Subuh tidur balik...orang kata tak baik buat lagu tu tapi dengan suasana sejuk dek sebabnya hujan semalam ditambah pulak dengan bunyi dengkuran manja hero kecik saya tu...peerrrgghhh...mata yang dah segar pun boleh kuyu balik....so mintak maap tok wan tok cu, anak cucu tumpang lalu, di atas katil chek nak beradu...!!! Sedar tak sedar, jam dah pun pukul 8.08pagi so it's time to wake up.  First thing, disebabkan cuaca sejuk sekarang ni, dah jadi rutin pulak untuk saya check tilam anak-anak saya, mana la tau kut-kut ada yang mimpi pegi swimming pool malam tadi...banyak sangat air kat dalam swimming pool tu sampai melimpah atas tilam masing-masing.....if you know what I mean la..!!

Hero kecik saya ajak pegi pasar tani, as usual nak keropok lekor la tu, si kakak ok jer, apa-apa pun boleh but lately she became addicted to Laksa Beras Kuala Perlis.!!  Slowly dia punya slang pun dah bunyi macam orang Perlis...bercakap dalam sebutan baku dengan loghat Utara...heheheh, kadang-kadang saya tergelak sendiri bila dengar dia cakap sebab dlm masa yang sama slang Pantai Timur dia tetap terselit sikit-sikit.  Kuat sungguh pengaruh kawan-kawan kat sekolah ye!

Sampai sini dulu la yer...bersantailah tapi kalau rasa-rasa nak tahu apa bentuk peluang bisnes bersama Smart Naco dan Smart Success Team, KLIK JER KAT SINI.

Wassalam...dari Indera Kayangan 01000

Aznita Osman

0 Jumlah Komen / Tinggalkan komen anda

Saturday, June 21st 2008

6:20 PM

  • Mood Saya Hari Ini:
  • Kesihatan Saya:

Assalammualaikum dan salam sejahtera....,

Hampir setengah hari ni saya dok mengadap komputer dengan tugasan yang cukup membosankan lagi memenatkan mata...apa la lagi kalau tak dok buang junk mail yang selonggok kat dalam mailbox ni ....hampeh betui la depa ni, sekali hantaq berbakui-bakui, kita spam sekali depa mai berpuluh-puluh kali pulak!

Alhamdulillah, malam Rabu lepas dapat jugak join Conference Call sebab minggu sebelum tu ada hal yang tak dapat nak dielakkan.  Mendengar kata-kata daripada Dr. Main Raindham mengingatkan saya betapa saya perlu terus menetapkan hati dan fokus terhadap bisnes ini dengan sebaik mungkin.  Tak dinafikan adakalanya saya terleka dan kurang penumpuan namun tiapkali saya merenung kembali kepada senarai matlamat yang terpampang di dinding bilik kerja saya, terasa satu kerugian jika saya terus terleka.  WAKE UP NITA ...it's time to move on faster and stronger!

Saya nak habiskan buang "sampah" yang masih banyak jadi saya hidangkan beberapa buah lagu kegemaran saya....Enjoy It

Michael Buble - Everything

Kiroro - Mira'e

 

Celine Dion - Immortality

0 Jumlah Komen / Tinggalkan komen anda

Thursday, June 12th 2008

12:39 PM

LAW OF ATTRACTION - BELIEVE IT!

  • Mood Saya Hari Ini:
  • Kesihatan Saya:

 

YOU ARE WHAT YOU THINK

Whatever great things you wish for could be yours for as long as you put your Body, Mind and Heart to it.

 

0 Jumlah Komen / Tinggalkan komen anda

Saturday, June 7th 2008

11:36 AM

Program Terbaru SST

  • Mood Saya Hari Ini: KO sikit
  • Kesihatan Saya: Selsema la...

Assalammualaikum dan salam sejahtera....,

Lebih dari sebulan saya tak update jurnal ni...terasa bersalah memang ada dalam diri ni memandangkan jurnal ni salah satu cara saya mempromosikan bisnes MLM bersama Smart Naco.

ni

Kali ni saya nak berkongsi maklumat mengenai program keusahawanan terbaru anjuran Smart Success Team (SST) untuk anda yang bercita-cita memiliki perniagaan sendiri, mengembangkannya sebagai seorang usahawan dan insya-Allah berjaya menjadi jutawan yang bukan saja hartawan malahan dermawan.  Mungkin ada yang tersenyum sinis membaca jurnal ni tapi hakikatnya telah ada orang yang berjaya mencapai semua itu hasil program anjuran SST menerusi peluang perniagaan MLM bersama Smart Naco.

Program I-Usahawan 553 ini digarap hasil cetusan idea dan pengalaman ahli-ahli SST yang telah berjaya mencapai pendapatan 5 angka dan kini anda hanya perlu menduplikasi langkah-langkah yang telah mereka lakukan sehingga mencapai tahap tertinggi di dalam sistem pangkat MLM bersama Smart Naco.

KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut program I-Usahawan 553.

 

Mahu berjaya dan mencapai pendapatan 5 angka seperti mereka ini?

Hubungi saya di 017-9738977 atau e-mel di syinta55@yahoo.com untuk maklumat lanjut.  Alternatifnya, anda juga boleh melayari www.onlinebusiness2duit.bravehost.com

Salam sukses untuk semua...

Wassalam....dari Indera Kayangan 01000

Aznita Osman

 

0 Jumlah Komen / Tinggalkan komen anda

Sunday, April 20th 2008

2:17 PM

  • Mood Saya Hari Ini: Santai...
  • Kesihatan Saya: Alhamdulillah sihat

Assalammualaikum dan salam sejahtera....,

Hari Ahad yang berbahang panas dan seperti biasa, saya pasti akan ke Pasar Tani Mega di kawasan perumahan saya ni untuk dapatkan makanan kesukaan saya dan anak-anak, keropok lekor dan laksam.  Selera yang sudah sebati dengan makanan Pantai Timur adakalanya menjadikan saya "ketagihan" untuk menikmati hidangan dari sebelah sana.  Kecur air liur ni bila terbayangkan rasa masam-masam pedas Asam Tempoyak Ikan Patin, Sambal Hitam yang cukup membuka selera, Nasi Dagang di perkampungan nelayan Tanjung Api, Kuantan dan paling best...Murtabak Daging di Kampung Mengkasar, Pekan yang tebalnya satu inci dengan inti yang cukup enak.

Hujung minggu memang waktu santai bagi saya dan anak-anak.  Pagi kelmarin, anak-anak cukup teruja bila saya bawa membeli-belah keperluan mereka di bandar Kangar.  Dari makanan, pakaian hingga ke kasut, semuanya pilihan mereka sendiri...ibu cuma bayar jer !  Walaupun masih kecil, mereka punya citarasa dan kemahuan tersendiri dan sebagai ibu saya tak kisah sangat asalkan anak-anak selesa dengan pilihan mereka.  Pada sebelah malamnya, saya dan anak-anak bersantai depan TV menantikan siaran Akademi Fantasia.  Azra, satu-satunya anak dara saya cukup meminati Aliff (apa la yang dia pandang kat mamat sorang ni pun saya tak tau..)...hero kecik saya Muqriz tak minat kat satu pun peserta tapi cukup teruja dengan AC Mizal..!  Saya layan jer...sekurang-kurangnya waktu siaran AF lah segala aksi nakal lagi aktif anak-anak akan terhenti dengan sendirinya....boleh la ibu rehat jap..!!

Pada ketika saya menaip update kat blog ni, saya juga turut memantau Azra dengan kerja sekolahnya.  "Homework" minggu ni - tulisan dan Matematik.  Matematik ok jer...cepat dia buat tapi bila masuk bab tulisan, inilah satu yang Azra cukup "lemah" sebab saya memang tak berapa nak kompromi dengan tulisan dia!  Saya memang menitikberatkan tulisan anak-anak agar bukan saja kemas tapi paling penting boleh dibaca dengan mudah sebab tu la dari peringkat awal, saya selalu tekankan pada mereka kenapa saya nak mereka tulis dengan baik dan kemas.  Adakalanya, out of frustration...Azra akan cakap pada saya "Ibu takpe la, tulisan ibu memang dah cantik..mana boleh sama tulisan kakak dgn ibu!"  Kalau la dia tau betapa banyaknya latihan tulisan yang terpaksa saya buat semasa di sekolah rendah dulu, dia pasti takkan mengomel panjang setiap kali saya suruh dia padam hasil tulisan dia dan buat semula .

Esok, permulaan hari baru di minggu baru dan saya dah catatkan beberapa perkara yang perlu saya buat esok.  Semoga Allah memberikan saya kekuatan dan ketenangan dalam memfokuskan hala tuju saya dalam bisnes ini...Amin Ya Rabbal Alamin.

Insya-Allah kita bertemu lagi dalam catatan blog yang baru selepas ini.

Wassalam....dari Indera Kayangan 01000

Nita Osman 

0 Jumlah Komen / Tinggalkan komen anda

Friday, April 18th 2008

4:30 PM

Rugi sekarang....Untung masa depan

  • Mood Saya Hari Ini:
  • Kesihatan Saya: Aduiii...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

 Migrain...migrain...migrain...seksa betul bila migrain menyerang kembali.  Dah beberapa bulan saya "migrain-free" tapi hari ni terkena jugak.  Lepas hantar anak ke sekolah, saya terus makan ubat yang sejak beberapa bulan lalu jadi "decor" dalam peti ais!  Pengambilan NACO IgG-Plus telah banyak membantu meningkatkan tahap kesihatan saya sejak saya mula mengamalkannya kembali lebih kurang 4 bulan lalu.  Saya mempunyai masalah resdung dan migrain sejak zaman sekolah lagi dan alhamdulillah kini semakin kurang hasil kebaikan kolostrum dalam NACO IgG-Plus.

Dalam "lalok" kesan ubat penahan sakit yang saya makan, saya masih sempat follow-up beberapa prospek melalui SMS dan email.  Walaupun berminat, ada yang masih bertangguh atas alasan tak ada modal.  Tak kurang juga yang "takut" nak keluarkan modal kerana kurang yakin boleh berjaya.  Memang tak dinafikan pelbagai persepsi timbul dalam diri mereka yang ada antaranya belum pernah menceburi bisnes MLM.

Saya ambil contoh, salah satu pakej yang kerap saya promosikan kepada prospek saya adalah seperti yang dapat anda lihat di sini...

  • RM300.00??
  • Mahal tu...takde diskaun ker?
  • Berbaloi ke saya nak keluarkan modal sebanyak tu? 
  • Berapa saya boleh untung dengan modal banyak ni? 

Ini antara kenyataan yang kerap saya terima bila persoalan tentang modal diutarakan.  Bagi saya, tentulah perlu mencari cara terbaik untuk menterjemahkan RM300.00 tu menjadi satu angka yang munasabah dan diterima secara logik oleh prospek yang punya persoalan ini.

Saya cukup faham situasi ini...ketika saya nak keluarkan modal RM327.00 dulu (walaupun cuma lebih RM27.00 jer..), saya pun fikir perkara yang sama...boleh ke aku buat ni?  Camne kalau tak jalan...hangus modal aku ni!  Berapa lama aku kena buat untuk dapat modal balik?  Pendek kata, macam-macam la otak ni dok fikir...lepas satu perkara ke satu lagi perkara tapi akhirnya saya join jugak walaupun modalnya agak besar (pada standard saya la...).

Kenapa saya teruskan juga?  Sebab utama, saya melihat modal permulaan itu sebagai pelaburan untuk mengubah hidup dan meningkatkan taraf ekonomi saya kelak.  Ibaratnya...bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.  Mungkin saya "rugi" RM327.00 sekarang tapi saya lebih melihat kepada untung yang bakal yang kecapi kelak hasil usaha saya sendiri.  Mana ada perniagaan yang tak perlukan modal...ye tak?  Walau sebesar mana sekalipun, modal tetap perlu disediakan...kalau tak macam mana nak bergerak dan berkembang?

Jika anda amati dengan teliti, kandungan pakej ini sangat ideal untuk bermula kerana anda akan menerima "marketing tools" yang pasti akan membantu anda jika dipraktikkan dengan betul dan sistematik.  Sebahagian daripada tugasan yang perlu dijalankan bagi memulakan perniagaan MLM telah dipermudahkan untuk anda.  Contohnya, anda akan menerima satu laman web percuma dan ini sememangnya penting lebih-lebih lagi jika kaedah "online marketing" menjadi pilihan anda di dalam perniagaan ini.  "Marketing tools" yang lain akan menjadi penyokong kepada laman web ini dan selebihnya bergantung kepada inisiatif dan kreativiti anda sendiri.

Memang banyak yang boleh dibuat dengan wang sebanyak RM300.00 tapi pernahkah anda terfikir bahawa dengan RM300.00 juga, anda berpeluang untuk menggandakan pulangan modal lebih besar lagi?  Dalam apa jua perniagaan, selagi dilakukan secara konsisten dan gigih, sedikit demi sedikit keuntungan yang bakal anda kecapi akan membawa anda ke satu fasa baru dalam kehidupan anda.

Pokok pangkalnya, diri kita sendiri...kejayaan hidup kita adalah tanggungjawab kita dan jika kita mahu berjaya...kemahuan itu akan mendorongkan usaha, insya-Allah .

Wassalam....dari Indera Kayangan 01000

Nita Osman

0 Jumlah Komen / Tinggalkan komen anda

Tuesday, April 15th 2008

4:11 PM

NACO Jus Pati Kurma 3K - Herba Untuk Wanita

  • Mood Saya Hari Ini:
  • Kesihatan Saya:

Assalammualaikum dan salam sejahtera....,

  Bagi yang pernah menggunakan produk ini pasti tahu khasiat dan kesannya terhadap kesihatan dalaman khususnya untuk wanita.  Inilah salah satu daripada produk hebat Smart Naco yang dirumus khas untuk kaum wanita - NACO JUS PATI KURMA 3K.

Umum mengetahui bahawa Manjakani, Kacip Fatimah dan Daun Serapat adalah antara herba yang sinonim dengan kesihatan wanita.  Sejak dahulu lagi, ketiga-tiga herba ini telah menjadi sebahagian daripada kandungan untuk perubatan tradisional bagi meningkatkan kesihatan serta memperbaiki fungsi organ-organ dalaman wanita seperti berikut:-

Manjakani - membantu memperbaiki dan mengetatkan bahagian peranakan wanita.

Kacip Fatimah - memperbaiki otot rahim secara semulajadi.

Daun Serapat - mengembalikan kecergasan dan kecerdasan tubuh badan. 

Kurma pula bukanlah sesuatu yang asing bagi kebanyakan masyarakat dunia yang telah mengetahui akan khasiat buah ini sebagai pemberi tenaga semulajadi yang kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta mengandungi zat galian seperti potasium, besi, kalsium dan sodium.

Gabungan Manjakani, Kacip Fatimah, Daun Serapat dan Kurma telah menghasilkan NACO JUS PATI KURMA 3K yang berupaya membantu wanita bagi:-

  • Mengetatkan otot-otot pada bahagian sistem pembiakan wanita.
  • Menguatkan rangka tulang.
  • Mengekalkan kelembutan, kecantikan dan kejelitaan kulit.
  • Meringankan simptom-simptom pra-menopous.
  • Meringankan masalah ketidakupayaan menahan kencing.
  • Mengurangkan masalah keputihan.
  • Meningkatkan keintiman suami isteri.

Berikut adalah testimoni daripada seorang pengguna Naco Jus Pati Kurma 3K

Dengan segala kebaikan yang mampu diberikan kepada kehidupan anda sebagai seorang wanita, rasailah khasiat yang terkandung di dalam Naco Jus Pati Kurma 3K tanpa berlengah lagi..

Harga : RM46.00 sebotol (250ml)

Untuk tempahan, SILA KLIK DI SINI atau anda boleh berhubung terus dengan saya di talian 017-9738977.

0 Jumlah Komen / Tinggalkan komen anda

Monday, April 14th 2008

2:22 PM

Berminda positif....bukan primitif

  • Mood Saya Hari Ini:
  • Kesihatan Saya: Marvellous...

Assalammualaikum dan salam sejahtera...,

Sejak dua hari lalu, saya menghadapai masalah untuk post entry ke blog ni.  Setiap kali page baru terpapar di skrin maka dengan sekelip mata juga la skrin tu hilang....now you see it...now you don't!  Ini pun entah sempat ke tidak saya habiskan update...harap-harap skrin ni tak hilang tiba-tiba.

Hari ni saya mendapat satu semangat baru yang menyuntik rasa positif dalam diri saya.  Ketika asyik meneliti email, saya dihubungi seorang prospek dari Kelantan menerusi YM.  Seperti ada satu "connection" yang membuatkan kami terus berbicara di alam maya, mungkin kerana kami punya banyak persamaan dari segi karier (beliau seorang setiausaha sepertimana saya sebelum ini) dan kehidupan kami.  Biarpun tidak mengenalinya secara dekat, saya dapat merasakan betapa beliau positif untuk cuba memperbaiki taraf kehidupan keluarganya dan secara tak langsung menggetarkan satu rasa keinginan dalam diri saya untuk cuba membantu beliau.

Mungkin inilah yang dimaksudkan agaknya....apabila kita menginginkan sesuatu yang positif dalam hidup kita, getaran yang sama dilepaskan ke alam semesta dan akan menarik perkara positif juga ke arah kita.  Saya mula merasakan kebenaran teori itu sedikit demi sedikit...insya-Allah. 

Anda juga harus positif dengan peluang anda untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik kerana anda berhak untuk mendapatkannya. MULAKAN DI SINI dan selebihnya, perjalanan anda akan dipimpin oleh pemikiran dan perasaan positif anda....PERCAYALAH!

Wassalam....dari Indera Kayangan 01000

Nita Osman

0 Jumlah Komen / Tinggalkan komen anda