Mimpi pasti boleh direalisasi
Cita-cita pasti boleh menjadi nyata
Impian pasti boleh mencipta kejayaan
Peluang yang baik tidak selalu menjengah anda, orang yang berfikiran jauh dan bijak merebut peluang pasti boleh menjadikan
MIMPI, CITA-CITA DAN IMPIAN SEBAGAI KENYATAAN
Hubungilah saya:

Aznita Osman
+6017-9738977
YM
: syinta55
Email
: syinta55@yahoo.com
Website
:
http://www.nita.usahawansejati.com
http://www.alivingmydream.com/aznita/
http://www.onlinebusiness2duit.bravehost.com

Tontonilah klip berikut untuk mengetahui dan mengenali
Smart Success Team
Dengarlah testimoni dan kata-kata inspirasi daripada pengasas Smart Success Team
SPD Khairul Aza Zulkafli
. Suka hati puanlah, saya hanya menasihati. Kalau tak nak terima pandangan saya takmengapa. Namun saya rasa puan tergolong dalam kategori insan yg ego & tak boleh menerima kritikan!
sungguh LUAR BIASA blog Kak Nita.... Semua org mempunyai IMPIAN. Tapi bukan semua mencapainya. Hakikatnya, jika kita yakin dengan IMPIAN dan kita berusaha utk mencapainya, InsyaAllah KEJAYAAN pasti digenggaman. Tentunya tidak mustahil 'dari puncak ingin ke angkasa'.
Assalammualaikum dan salam sejahtera....,
Hari Ahad yang berbahang panas dan seperti biasa, saya pasti akan ke Pasar Tani Mega di kawasan perumahan saya ni untuk dapatkan makanan kesukaan saya dan anak-anak, keropok lekor dan laksam. Selera yang sudah sebati dengan makanan Pantai Timur adakalanya menjadikan saya "ketagihan" untuk menikmati hidangan dari sebelah sana. Kecur air liur ni bila terbayangkan rasa masam-masam pedas Asam Tempoyak Ikan Patin, Sambal Hitam yang cukup membuka selera, Nasi Dagang di perkampungan nelayan Tanjung Api, Kuantan dan paling best...Murtabak Daging di Kampung Mengkasar, Pekan yang tebalnya satu inci dengan inti yang cukup enak.
Hujung minggu memang waktu santai bagi saya dan anak-anak. Pagi kelmarin, anak-anak cukup teruja bila saya bawa membeli-belah keperluan mereka di bandar Kangar. Dari makanan, pakaian hingga ke kasut, semuanya pilihan mereka sendiri...ibu cuma bayar jer
! Walaupun masih kecil, mereka punya citarasa dan kemahuan tersendiri dan sebagai ibu saya tak kisah sangat asalkan anak-anak selesa dengan pilihan mereka. Pada sebelah malamnya, saya dan anak-anak bersantai depan TV menantikan siaran Akademi Fantasia. Azra, satu-satunya anak dara saya cukup meminati Aliff (apa la yang dia pandang kat mamat sorang ni pun saya tak tau..
)...hero kecik saya Muqriz tak minat kat satu pun peserta tapi cukup teruja dengan AC Mizal..! Saya layan jer...sekurang-kurangnya waktu siaran AF lah segala aksi nakal lagi aktif anak-anak akan terhenti dengan sendirinya....boleh la ibu rehat jap..!!
Pada ketika saya menaip update kat blog ni, saya juga turut memantau Azra dengan kerja sekolahnya. "Homework" minggu ni - tulisan dan Matematik. Matematik ok jer...cepat dia buat tapi bila masuk bab tulisan, inilah satu yang Azra cukup "lemah" sebab saya memang tak berapa nak kompromi dengan tulisan dia! Saya memang menitikberatkan tulisan anak-anak agar bukan saja kemas tapi paling penting boleh dibaca dengan mudah sebab tu la dari peringkat awal, saya selalu tekankan pada mereka kenapa saya nak mereka tulis dengan baik dan kemas. Adakalanya, out of frustration...Azra akan cakap pada saya "Ibu takpe la, tulisan ibu memang dah cantik..mana boleh sama tulisan kakak dgn ibu!" Kalau la dia tau betapa banyaknya latihan tulisan yang terpaksa saya buat semasa di sekolah rendah dulu, dia pasti takkan mengomel panjang setiap kali saya suruh dia padam hasil tulisan dia dan buat semula
.
Esok, permulaan hari baru di minggu baru dan saya dah catatkan beberapa perkara yang perlu saya buat esok. Semoga Allah memberikan saya kekuatan dan ketenangan dalam memfokuskan hala tuju saya dalam bisnes ini...Amin Ya Rabbal Alamin.
Insya-Allah kita bertemu lagi dalam catatan blog yang baru selepas ini.
Wassalam....dari Indera Kayangan 01000 
Nita Osman 